Thursday 26 February 2015

BENCANA BANJIR DI SEKOLAH

Pada 24 Disember 2014, tarikh yang amat memberi kesan kepada semua penduduk di Perak Tengah khasnya dan di Malaysia umumnya. Banjir luarbiasa telah melanda ke sebahagian besar penduduk di daerah Perak Tengah.

        Sekolah Kebangsaan Tok Pelita, Pasir Salak juga telah dinaiki air dan telah memusnahkan perabot, buku-buku, segala peralatan komputer dan fail-fail, air yang naik secara mendadak dan tidak dijangka ini amat mendatangkan kesan kepada kami guru-guru di sekolah ini. Guru-guru juga tidak dapat datang untuk menyelamatkan barang-barang kerana jalan-jalan utama telah dinaiki air. Pihak sekolah juga amat bersimpati kepada guru-guru yang terlibat dengan banjir dan terpaksa berpindah ke pusat pemindahan. Banjir kali ini merupakan banjir yang terbesar setelah hampir 20 tahun kampung ini mengalami banjir yang hampir samasuatu masa dahulu. Saya tidak dapat untuk memuat naikkan maklumat lebih awal kerana keadaan banjir ini menyebabkan kemudahan wifi di sekolah sehingga sekarang masih tiada lagi. Keadaan talian yang terhad dan tidak stabil juga mendatang masalah kepada guru-guru untuk menghantar sebarang data yang diperlukan.




Keadaan di dalam bilik guru



Kelas- kelas dan bilik-bilik khas semua dimasuki air sedalam 2 kaki



Buku-buku yang telah ditenggelami



Air melitupi padang kejat

Jalan ke sekolah, air deras dari sungai 

No comments:

Post a Comment