Thursday 26 February 2015

BENCANA BANJIR DI SEKOLAH

Pada 24 Disember 2014, tarikh yang amat memberi kesan kepada semua penduduk di Perak Tengah khasnya dan di Malaysia umumnya. Banjir luarbiasa telah melanda ke sebahagian besar penduduk di daerah Perak Tengah.

        Sekolah Kebangsaan Tok Pelita, Pasir Salak juga telah dinaiki air dan telah memusnahkan perabot, buku-buku, segala peralatan komputer dan fail-fail, air yang naik secara mendadak dan tidak dijangka ini amat mendatangkan kesan kepada kami guru-guru di sekolah ini. Guru-guru juga tidak dapat datang untuk menyelamatkan barang-barang kerana jalan-jalan utama telah dinaiki air. Pihak sekolah juga amat bersimpati kepada guru-guru yang terlibat dengan banjir dan terpaksa berpindah ke pusat pemindahan. Banjir kali ini merupakan banjir yang terbesar setelah hampir 20 tahun kampung ini mengalami banjir yang hampir samasuatu masa dahulu. Saya tidak dapat untuk memuat naikkan maklumat lebih awal kerana keadaan banjir ini menyebabkan kemudahan wifi di sekolah sehingga sekarang masih tiada lagi. Keadaan talian yang terhad dan tidak stabil juga mendatang masalah kepada guru-guru untuk menghantar sebarang data yang diperlukan.




Keadaan di dalam bilik guru



Kelas- kelas dan bilik-bilik khas semua dimasuki air sedalam 2 kaki



Buku-buku yang telah ditenggelami



Air melitupi padang kejat

Jalan ke sekolah, air deras dari sungai 

Sunday 24 August 2014

Majlis Penutup Ihya Ramadan

Majlis Penutup Ihya Ramadan di adakan pada hari terakhir sebelum cuti Hari Raya Aidil Fitri.
       Acara-acara bagi majlis penutup Ihya Ramadan di mulai dengan bacaan doa, ucapan Guru Besar, Majlis Khatam Al-Quran serta penyampaian sumbangan khas untuk anak-anak yatim, anak-anak miskin, serta sumbangan duit raya. 



















Sambutan Hari Raya 2014

Sambutan Hari Raya di SK Tok Pelita pada tahun 2014 di sambut bersama dengan majlis pertukaran En. Khair Jauhari b. Yahya ke SMK Dato' Seri Maharajalela kerana kenaikan pangkat. Majlis sambuatan ini meriah dengan murid-murid serta guru-guru yang berbaju raya.











Gurauan di awal pagi sambutan hari raya. 


Seronoknya!







Sedapnya!














Wednesday 16 April 2014

PERLAWANAN BOLA JARING PERINGKAT ZON SEBERANG PERAK.



Perlawanan  bola jaring peringkat zon seberang perak di SK Pulau Tiga Kiri. Perlawanan ini melibatkan tujuh buah sekolah. Sekolah Tok Pelita berjaya memperolehi Naib Johan. Tahniah kepada semua pemain dan jurulatih, Puan Rohaya bt. Muhd. Salleh serta pengurus Cik Normasliza Elyani bt. Ahmad Suhaimi.