Wednesday 16 April 2014

PERLAWANAN BOLA JARING PERINGKAT ZON SEBERANG PERAK.



Perlawanan  bola jaring peringkat zon seberang perak di SK Pulau Tiga Kiri. Perlawanan ini melibatkan tujuh buah sekolah. Sekolah Tok Pelita berjaya memperolehi Naib Johan. Tahniah kepada semua pemain dan jurulatih, Puan Rohaya bt. Muhd. Salleh serta pengurus Cik Normasliza Elyani bt. Ahmad Suhaimi.












PELANCARAN PROGRAM YA AZIZI DAN AKUJANJI MURID-MURID TAHUN 6

Pelancaran Program Ya Azizi dan akujanji murid-murid Tahun 6 ini telah diadakan pada 14 April 2014 disaksikan oleh semua guru-guru dan murid- murid dari Prasekolah hingga Tahun 6. Setiap murid dari tahun 6 Fasih ini telah mempunyai mentor yang terdiri daripada guru-guru sekolah. Diharap dengan adanya program ini dapat membantu murid-murid lebih fokus untuk lebih cemerlang dalam pembelajaran.




















Sunday 6 April 2014

Program Penjagaan Gigi dan Cara Memberus Gigi Anjuran Klinik Gigi Kg. Gajah bersama Kodomo Lion





LATIHAN KEBAKARAN

Latihan kebakaran telah di jalankan dari semasa ke semasa bagi  murid-murid sebagai langkah untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kebakaran. Murid-murid telah mengikut cara-cara yang betul untuk bergerak dari kelas masing-masing ke padang kejat.





PROGRAM PENYAYANG SK TOK PELITA, PASIR SALAK

Beberapa Program Penyayang telah di jalankan sepanjang 3 bulan pertama bagi Tahun 2104. Antaranya Guru Penyayang iaitu menyambut kedatangan murid-murid pada waktu pagi ketika hadir ke sekolah. Menyambut hari jadi bagi murid-murid. Memberi bantuan dalam bentuk pakaian dan kasut sekolah bagi murid yang miskin tegar.