Wednesday 5 March 2014

PROGRAM MENTOR MENTEE


Program Mentor Mentee yang melibatkan semua guru dan semua murid SK. Tok Pelita dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Program ini dijalankan mengikut jadualyang telah ditetapkan iaitu pada hari Isnin dari jam 7.45 hingga 8.15 pagi. Tujuan program ini adalah untuk membangunkan sahsiah diri murid, membina jati diri murid dan mentor bertindak sebagai orang yang boleh membantu menyelesaikan masalah murid.

Antara aktiviti yang dicadangkan:-
1. Sesi ramah mesra
2. Sesi makan bersama
3. Meraikan hari lahir
4. Bimbingan hala tuju hidup
5. Lawatan/ziarah keluarga
6. Sesi perkongsian masalah.





















Merentas Desa 2014



Program Merentas Desa yang melibat murid-murid Sk. Tok Pelita. Pemenang-pemenangnya telah berjaya mewakili sekolah ke peringkat zon. Tahniah kepada yang berjaya.  








Mesyuarat Agung PIBG SK. Tok Pelita




Mesyuarat PIBG yang diadakan pada 6 Februari 2014 bertempat di Dewan Maharajalela Pasir Salak.
           Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Tn. Syed Roshidon b. Syed Abdullah ( Jurulatih Utama Sarana PIBG). Mesyuarat ini dihadiri oleh ramai ibubapa. Mensyuarat ini berjalan lancar dan jawatankuasa sesi baru telah dilantik dengan jayanya.