Thursday 23 January 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH


Sambutan Maulidur Rasul (s.a.w) Peringkat Sekolah bagi tahun 2014. Perarakan sambil berselawat memuji Rasulullah s.a.w. begitu syahdu. Baginda yang disayangi oleh seluruh umat Islam. Murid-murid juga dipupuk menyayangi Rasullullah s.a.w semenjak dari kecil lagi. Ceramah yang disampaikan oleh ustaz jemputan Ustaz Abdul Rahman dari Sk. Pasir Kubu juga dapat menambahkan lagi pengetahuan murid-murid tentang peribadi Rasullullah. Aktiviti kuiz dan penyampaian sedikit hadiah telah menceriakan lagi majlis pada hari tersebut.
















PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN KETUA SERTA PENOLONG KETUA KELAS.


Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Ketua Kelas serta Penolong Ketua Kelas bagi sesi persekolahan 2014 telah selamat disempurnakan. Bacaaan ikrar tanda setiap tugas yang dipikul sanggup dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Terbayang keceriaan di wajah murid-murid yang terpilih.