Sambutan Maulidur Rasul (s.a.w) Peringkat Sekolah bagi tahun 2014. Perarakan sambil berselawat memuji Rasulullah s.a.w. begitu syahdu. Baginda yang disayangi oleh seluruh umat Islam. Murid-murid juga dipupuk menyayangi Rasullullah s.a.w semenjak dari kecil lagi. Ceramah yang disampaikan oleh ustaz jemputan Ustaz Abdul Rahman dari Sk. Pasir Kubu juga dapat menambahkan lagi pengetahuan murid-murid tentang peribadi Rasullullah. Aktiviti kuiz dan penyampaian sedikit hadiah telah menceriakan lagi majlis pada hari tersebut.
No comments:
Post a Comment